Search

Serunding Original Warisan Kelantan — Mat Salleh Cari Makan

  • Share this:

Siri Mat Salleh Cari Makan kini kembali dengan makanan-makanan tradisional dan unik di Kelantan. Jelajah Mat Salleh Cari Makan Kelatan kali ini bermula di sebuah kampung yang cukup terkenal dengan perusahaan Serunding. Rhys kini berada Kampung Laut, Tumpat dan berjumpa dengan Abg Fahmi untuk belajar lebih mengenai proses pembuatan Serunding.

Serunding dibuat dengan menggunakan daging lembu atau ayam dan gabungan rempah ratus yang dimasak sehingga kering. Proses membuat serunding mengambil masa yang lama dan memerlukan teknik kemahiran teknik yang khusus. Boleh bertahan sehingga 8 bulan jika dimasak dengan betul. Terdapat pelbagai jenis serunding seperti serunding ayam, daging dan ikan.

Pada bulan puasa dan hari raya, serunding menjadi salah satu makanan yang popular dan senang dijumpa. Menu serunding ini boleh dijadikan sebagai makanan tambahan dan boleh dimakan bersama nasi, pulut, lemang, roti dan sebagainya. Ia akan melengkapkan rasa untuk masakan tersebut.

📍Lokasi » Fahmi Serunding Enterprise
Hulu Pasar Kampung Laut 1, 16040 Tumpat Kelantan
☎ 09-7257015
Order di whatsapp » 017-9323055
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 8 malam

Serunding jenis apa yang jadi kegemaran korang? Kongsikan diruangan komen. Terima kasih kerana menonton!


Tags:

About author
not provided
Cuma seorang "mat salleh" yang suka makan... From UK ?? now in Malaysia ?? #matsallehcarimakan
View all posts